Tuesday, July 20, 2010

backpacker ke pulau tioman

Bulan 3, 2010. Dah lama aku tak pergi camping. Berbekalkan otak 5 minit aku ajak budak rumah aku mat utk pergi backpacker ke pulau tioman selama 4 hari 3 malam.
Tanpa ada apa2 plan yang bagus kami pun terus beli tiket bas.
Kami naik bas express dari pudu ke mersing.

Dari stesen bas mersing kami naik teksi selama 5 minit ke jetty (jalan kaki pun boleh..dekat jek). Sampai kat jetty terus beli tiket ferry ke pulau tioman.
Nak dijadikan cerita, dalam ferry tu kami jumpa sorang brader ni (hafiz) yang baru balik dari Ireland dgn awek dia luna(seingat aku la). Rupanya kampung dia dekat pulau tioman. Sembang punya sembang dia offer satu tempat yang cantik kat pulau tioman. nama tempat tu kampung nipah. (tu kampung dia la..)

Aku dgn mat yang takde plan ni pun terus accept dan follow.
Ferry berhenti kat jetty kampung genting (dah sampai pulau tioman la ni). Dari kampung genting kami naik bot terus ke kampung nipah.
Masa tu dah lewat petang, dalam samar2 cahaya senja dari atas bot kami dapat lihat keindahan kampung nipah ni. pasir putih bersih..ada 2 challet n 1 kedai makan je kat situ. sebelah tempat tu kami boleh nampak air sungai mengalir dari celahan bukit berhampiran. Tempat ni muara, air terjun dari bukit bertemu dgn air laut. yes you're right. tempat ni mesti banyak ikan.

Kami jumpa dengan tuan punya challet n kedai makan kat situ. kami panggil dia abg jalil.
Abg jalil ni sempoi habis. dia kata kalo nak camping free jek. tapi agak2 aaa.. kami bayar gak kat dia rm10 satu malam.
malam tu mcm biasa la. set unggun api, pasang khemah, makan kat kedai abg jalil sambil2 berkenalan dgn orang kat situ, masak megi sikit kat khemah, ambik2 gambar n terus lelap sebab penat perjalanan siang tadi.
Keesokan harinya kami bangun awal pagi. aku dgn mat sempat gak pi mancing kat muara sungai sebelah kedai makan tu. pancing pinjam kat abg jalil la. aku dapat 2 ekor ikan libam (aku pun tak pernah tau ikan ni). mat dapat sekor ikan libam n sekor ikan siakap(betul ke? haha aku tak kenal jenis ikan).

kami dah plan nak snorkling. ni malam tadi punya cerita la ni. kami ada ajak satu couple dari switzeland yang menginap kat challet situ utk join kami snorkling. Aku, mat, couple dari switzeland, hafiz n luna terus naik bot utk pergi snorkling. banyak tempat tapi yang paling aku ingat tempat tu namanya batu semabol. coral mmg cantik la. kat situ ikan jaws betul2 berenang sebelah aku. cuak gak tapi control beb. awek mat saleh pun relek ja.
masa balik tu la pengalaman yang paling aku ingat utk trip ni..'last point utk snorkling', kata hafiz. aku, mat n couple switzeland tu pun lompat la dalam air. tengok2 bot pun blah tinggalkan kami. dari jauh aku dgr hafiz cakap dr atas bot, 'berenang balik ke challeeeeeeet.....'. aku yang kurang pandai berenang ni pun mula lah kuak lentang, gaya bebas..rehat.. kuak lentang balik, gaya bebas lagi..rehat.. jarak tu ada la dekat 1 km nak balik ke challet. badan dah penat snorkling dude..lagi mau berenang mcm olimpik ke? dan malam tu aku dgn mat berjalan ketam menuju ke kedai abg jalil utk dinner ikan yang kami tangkap pagi tadi. cilakak punya hafiz.. mlm tu mmg nyenyak la kami tdo lepas cabar mat main dart lebih 20 kali dan main dam haji dgn hafiz 4,5 kali kat kedai abg jalil.
esok pagi kami pun start packing khemah. hari ni kami nak bergerak ke arah utara pulau. lepas salam dgn semua yang kami kenal kat kampung nipah (terima kasih abg jalil n hafiz), kami pun naik bot menuju ke tekek.
tekek ni adalah pekan yang paling besar kat pulau tioman. kat sini ada sekolah, ada generator tnb, ada banyak2 kedai termasuk free duty shop.
kami terus jalan kaki dari pekan tekek menuju ke air batang (kalo tak tau boleh la refer peta pulau tioman). penat gak sebab waktu tu pukul 12 tengahari. sampai kat air batang, kami berehat sekejap kat satu kedai. brader kedai tu kami panggil brader japan. aku pun dah lupa kenapa tapi dia suruh kami panggil mcm tu. dari brader japan tu la kami tau yang semua kampung kat pulau tioman ni boleh dihubungi melalui jalan darat. kalau naik bot dari satu kampung ke kampung lain kita akan kena cas dalam rm20~rm30. contoh dari tekek ke salang harga bot ialah rm30.
mcm aku cakap mula2 tadi, kami berdua ni otak 5 minit, terus plan nak jalan kaki menuju ke salang dari air batang melalui jalan darat.
dan dari situ lah bermulanya pengalaman yang menangkap semua urat2 betis dan peha aku.
kepada sesiapa yang ingin melalui jalan ni, you need to prepare mental dan set masa betul2. perjalanan dari air batang ke salang mengambil masa selama 4 jam (kalo bawak beg berat la). ada 3 bukit yang perlu didaki dan dituruni. ada 2 teluk (pantai) sebelum betul2 sampai ke salang. track kecil yang hampir2 hilang dan kadang2 kita kena lalu celahan batu yang tinggi dan sempit. ada sikit perkara paranormal/ angker yang berlaku waktu aku dgn mat lalu jalan ni. tapi aku tak minat nak cerita sebab aku takut nak ingat balik. heh
beg aku berat. ada dapur gas, lampu ayam, ration makanan dan khemah igloo!!! (khemah ni yang paling berat). dek kerana berat beg dan 3 bukit yang boleh tahan tinggi tu, kaki aku tidak lagi berfungsi dengan baik. bukit terakhir tu aku panjat dengan menggunakan tangan sambil kaki terlunjur kebelakang ala2 hantu ju-on. mat gelak kat aku. dan di kala menuruni bukit kaki mat pulak gagal berfungsi. aku berlari menuruni bukit sambil menyanyi meninggalkan mat yang tengah berlakon seperti ketam tua.
pukul 6.50 petang kami sampai di salang. mujur sempat sampai sebelum malam. sebenarnya suasana dalam hutan tadi mmg dah mcm pukul 8 mlm. kepada yang tak biasa, elakkan dari berjalan mlm di dalam hutan. banyak benda2 yang tak diingini dan di luar kawalan boleh berlaku.
sampai di salang, terus pasang khemah. kat sini kami tak buat unggun api atas faktor menjaga kebersihan pasir pantai.
salang, pantai nya panjang. rasanya sini lah pantai yang paling banyak challet dan hotel di pulau tioman ni. dari yang mahal sampailah yang berharga rm 35 satu malam. banyak mat saleh bergelimpangan di sana sini. kalau taip kat google dan search pulau tioman, mmg byk cerita pasal salang. tapi mungkin waktu kami sampai ke situ kebetulan baru lepas ribut. pasir pantai tak putih sangat. banyak kotoran yang di bawa dari laut dan tersangkut di pantai. bagi aku tak cantik sangat tempat ni, tp mungkin sebab promosi yang hebat maka tempat ni jadi famous di kalangan pelancong. malam tu kononnya kami nak pergi cari beach party yang di katakan paling happening kat sini. but nothing.. beach party cuma weekend. mlm tu mlm selasa. kami pun pulang ke khemah dan makan megi. satu malam yang sangat panjang sebab boring sangat..
but never mind, esoknya kami dah nak balik ke bangi..

Monday, February 16, 2009

camping di blue lagoon

Hari jumaat aku balik kerja lewat. Dekat pukul 8 mlm baru sampai rumah. Weh esok cuti, apa plan kita? Camping!!! Kat mana? Kali ni di Blue Lagoon negeri Sembilan.
Perjalanan dari tol Bangi ke exit Port Dickson mengambil masa satu jam. Ikut tol seremban dan keluar ikut exit Teluk Kemang. Dari Teluk Kemang cuma ambil masa 15 minit untuk sampai ke Blue Lagoon (Tanjung Biru). Banyak signboard, takkan sesat punya.
Kami sampai di situ tepat jam 10.30 mlm. Terus pasang khemah dan pasang bara api. Angin kat situ kuat sangat. Aku tak boleh pasang khemah berdua. terpaksa 4 orang untuk dirikan khemah sebelum boleh pasang pancang (aku pakai khemah igloo). Lepas siap terus nyalakan bara untuk berbeku. Mudah sangat nak nyalakan bara, angin kuat dari laut membantu kami. Bagi aku, inilah bara yang paling cun pernah aku buat.
Lepas selesai makan, lebih kurang pukul 1 pagi rupanya air laut surut. Dari pantai, air surut sampai 300 meter ke tengah laut (aku agak2 la). Berbekalkan torch light di tangan masing2, kami pun mula explore ke tengah laut yang airnya surut. Aku boleh ceritakan yang pemandangan dari laut tu sangat cantik. Kebetulan bulan terang sangat malam tu. Kat tengah laut tu kami ada jumpa sorang brader yang tengah tarik pukat. Rupanya ada seekor anak penyu tersangkut kat pukat tu. Sempat jugak kami bergambar dengan anak penyu tu. Rasa pelik jugak bila terjumpa penyu kat pantai Blue Lagoon ni.


Bagi yang belum pernah camping tepi laut, aku rasa sini tempat yang sesuai untuk korang cuba. Pengalaman jalan kat tengah laut waktu air surut memang seronok (air surut tengah malam). Pastikan waktu bulan terang. Boleh jimat bateri torch light. hahaha

Lepas penat berjalan, kami balik ke khemah, pasang unggun api dan bakar marshmallow (camana ntah nak eja benda alah ni). Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya tanpa sebarang gangguan. Kedengaran dari luar khemah bunyi deruan ombak menghempas pantai, bunyi unggun api yang menambahkan ketenangan.


Pasir putih, air laut yang jernih, aku kagum dengan keindahan pantai ni. Rupanya masih ada pantai yang cantik macam ni kat pantai barat semenanjung Malaysia. Datang sendiri, lihat sendiri dan nikmati sendiri keindahan yang ada kat pantai ni. Chow!!

camping di lata kinjang

Keluar dari tol Taiping ambik masa dalam 2 jam utk sampai ke exit Simpang Pulai. Kami pilih jalan lama dari Simpang Pulai ke Tapah (jimat kos elak tol). Mulanya kami plan untuk camping di gua tempurung, tapi tempat tu kena bayar dan cuma boleh camping waktu siang je. Jadi kami tukar plan, camping di Lata Kinjang, Tapah.
Perjalanan dari pekan Tapah lebih kurang 20 minit utk ke Lata Kinjang. Perjalanan tu melalui Chenderiang dan Kampung Sg. Lah. Kami tiba di lokasi dah lewat, pukul 10 mlm.
Tempat tu gelap sangat. Takde lampu, cuma berbekalkan keazaman dan cahaya dari torch light masing2. Terus bahagi tugas, sorang pasang khemah, sorang sediakan bara api utk berbeku, dua orang cari kayu utk unggun api (kena pergi 2 orang, tempat tu agak keras).
Tak perlu aku ceritakan kejadian seram kat tempat tu, dipendekkan cerita mlm tu kami berempat tak tidur lena, terjaga dari tidur setiap sejam dan salah seorang dari kami ternampak sesuatu mengelilingi khemah kami mlm tu. Full stop!! Ni cerita camping, bukan kisah seram.

Air terjun Lata Kinjang memang cantik. Dari bawah kami boleh nampak air terjun dari puncak setinggi 200 meter (aku agak2 la). Kat atas tu ada satu jambatan gantung, tapi mcm dah lama tak digunakan dan dah rosak. Bunyi air terjun memang menenangkan. Ditambah lagi dengan bunyi cengkerik, daun2 bersentuhan, unggas2 yang berterbangan, awan nan biru (aaa aku saja tambah bagi lagi feel).


Untuk korang yang memang suka camping, aku strongly recommended tempat ni. Tempat ni memang cantik dan..memang cantik la! Dan untuk keselamatan, hantar senarai nama kat balai polis Chenderiang sebelum camping kat sini.

Thursday, January 29, 2009

camping di lubuk petai




Pagi sabtu yang sangat indah, aku bangun lambat. Owh, aku terlupa janji aku utk join camping di Lubuk Petai, Rembau. Terus mandi dan call member aku Hafiz, kami terus bergerak ke destinasi. Keluar dari tol Bangi mengambil masa lebih kurang 2 jam utk sampai ke sana. Mudah sangat, ikut je sign board ke Gunung Datok. Kami sampai di kaki gunung datok pukul 4 petang. Tunggu lebih kurang sejam utk rakan2 yang panjat gunung datok sejak pagi tadi. Aku malas nak cerita pasal gunung datok sebab aku tak panjat sama. Berminat? Ok, aku ada masukkan gambar pemandangan dari gunung datok yang aku dah naik tahun lepas. Enjoy!!



Dari kaki gunung datok, kami naik kereta lebih kurang 15 minit untuk ke jalan masuk Lubuk Petai. Masuk ikut jalan kampung dan parking kereta di halaman rumah sorang atuk ni. Dia bagi parking tapi bayar aaa sikit. heh.. Bermula dari sini, kami bahagi barang2 sama berat untuk di bawa ke tapak perkhemahan. Perjalanan ikut trek dalam hutan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Member aku Cain cakap perjalanan tu cuma 5 minit je. Kami semua kena tipu hari tu. Be prepared, jalan tu ada banyak simpang, cuba ikut trek yang masih baru supaya tak sesat. Caranya mudah, tengok rumput/ pokok yang baru dipijak. Pengalaman aku sesat dalam hutan ni selama sejam lebih tahun lepas buat aku beringat. Tapi waktu tu tengah malam, mana nak kenal jalan baru ke lama kan. Cuma beringat, mulut kena jaga, mata pun kena fokus, kalo nampak benda2 pelik, abaikan je.



Tiba je di tapak perkhemahan lebih kurang pukul 7.30 mlm, macam biasa, terus bahagi tugas, ada yang pasang khemah, cari kayu api, pasang bara utk barbeku, n mula masak air utk dinner. Tips, cari kawasan khemah yang lantai hutannya bersih, tiada dahan mati atas khemah, dan dekat dengan punca air. Jangan lupa pasang unggun api, untuk elak binatang buas berminat dengan tempat khemah kita.
Mlm tu tak happening sangat, semua member kepenatan lepas turun dari gunung datok siang tadi. Sempat jugak diorang habiskan dinner sebelum tidur. Semua mula masuk khemah untuk tidur. Aku dengan hafiz je yang sentri kat depan unggun api sambil minum teh dan makan megi dan makan ayam goreng dan makan nasik goreng dan makan biskut dan makan kacang. Selepas semua makanan kami belasah, akhirnya kami pun hanyut sama dialun bunyian unggas dan deruan air sungai yang berhampiran.

Pagi tu aku dikejut dengan pemandangan tapak perkhemahan kami yang indah. Jahanam, siapa pulak yang sidai baju2 kat tali khemah. Patut la aku rasa bumbung khemah ni rendah sangat.
Tempat ni dinamakan lubuk petai, sesuai dengan namanya, ada satu lubuk kat sini. Bagi yang belum pernah sampai di sini, tempat ni memang cantik. Satu lokasi air terjun yang banyak ikan dan masih belum tercemar.
Air bersih dan semestinya sejuk. Kadang2 boleh rasa ada ikan tengah gigit2 kat kaki. Aku tak minat memancing, tapi untuk kaki pancing, aku rasa ni salah satu port yang baik untuk korang cuba.


Bagi yang belum berkesempatan sampai ke sini, ni satu tempat yang menarik untuk camping. Cantik, bersih dan ramai lagi yang belum explore. Bagi aku mudah, sebagai muslim, sebelum masuk hutan kita baca ayat pendinding al Fatihah dan 3 Qul. Chow!